Thursday, January 18, 2018

PERANAN TAUHID SEBAGAI ASAS PENGURUSAN ISLAM

2 .4 .1  KONSEP TAUHID

  • Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (2001) , pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran islam semestinya berteraskan konsep tauhid.
  • Tauhid bermakna hanya Allah SWT yang wajib disembah oleh manusia sejagat sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhluk-Nya.
  • Konsep tauhid merupakan unsur penyerahan diri, tunduk serta kepatuhan manusia kepada Allah SWT bukan sekadar menerima sebahagian daripada ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain.Hal ini bermakna setiap mnusia ialah makhluk Allah SWT.
  • Konsep ini meletakkan kedudukan manusia tahap yang sebenarny dalam alam dan menerangkan sebab dan tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT , sementara manusia telah 'dilantik' sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
  • Konsep tauhid bertujuan menghubungkan manusia dengan Allah dan menghubungkan manusia dan manusia .
  •  Berikut adalah : Manusia dengan Pencipta - Nya (Hablun Minallah) - Manusia tidak boleh mengagung - agungkan inovasi - inovasi manusia berupa perundangan , adat-istiadat, teori-teori dan falsafah- falsafah yang bertentangan dengan ajran Islam itu sendiri (Jiwa Mohd Isa , 1998)
  • Manusia dengan Manusia (Hablun Minannas) - Allah SWT menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan manusia dengan manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan toleransi , kasih sayang, persefahaman dan keadilan. 
  • Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang makna dan intipati tauhid ini dengan sebenar-benarnya.Antaranya ialah :
  • a) Tujuan Penciptaan Manusia - Maksudnya : 'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku (Allah SWT).'   (Surah al- Dhariyat 51:56)
  • b)Mendapat Keredhaan Allah SWT - Maksudnya : .....Yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan daripada Allah dan Rasul-Nya ,sekiranya mereka adalah daripada orang-orang yang beriman.'     (Surah at-Taubah 9:62)

1 comment:

  1. Manusia adalah khalifah Allah. Jadi, perbaiki lah diri. Sepertimana kita dilahirkan di dunia ini dgn suci dan tiada dosa seperti bayi dan dikembalikan dgn Allah, dgn amalan yang cukup

    ReplyDelete