Implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan adalah seperti yang berikut (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 2001) :
- Individu Muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang amanah,cekap dan berdisplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semsta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
- Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi.
- Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Seseorang itu tidak bersikap sombong, agkuh , dan bongkak walaupun mempunyai kuasa tinggi dalam organisasi.
- Konsep tauhid akan menjadikan seseorang itu soleh , berani dan berdiri tegak dalam kebenaran.Individu tersebut mempercayai bahawa dirinya tidak akan menempah kejayaan selain perintah Allah SWT.
- Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah atau kegagalan.
- Semangat tauhid membina isan yang mempunyai tahap kesabaran , keazaman , dan kesungguhan yang tinggi.
- Mewujudkan sikap aman, reda dan menjauhi sikap dengki, tamak haloba dan iri hati
- Melahirkan insan yag patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Allah SWT.
- Sebarang usaha unutuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan konsep tauhid tersebut.Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipratikkan oleh individu Islam dengan sebenar-benarnya , maka sudah semestinya menghasilkan implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan hariannya.
No comments:
Post a Comment