- Istikhlaf ialah istilah Arab yag bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil (khalifah) dan pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia.
- Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukan kepada manusia sejak kejadian , iaitu semasa Nabi Adam diciptakan oleh Allah SWT . Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan, jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain, iaitu memikul tugas membangun dan memakmurkan dunia (Ahmad Ibrahim Abu Sin,2001)
- Prinsip istikhlaf adalah :
Tanggungjawab ini mewajibkan seseorang individu menjaga semua kurniaan Allah SWT dalam keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti yang mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri, orang lain, alam sekitar, pembaziran, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli serta aktiviti lain yang seumpama ini adalah diarang sama sekali.
Allah berfirman :
Maksudnya :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk menguji mu tentang apa yang diberikannya kepada mu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
(Surah Al-An'am 6:165)
b) Memakmurkan bumi
Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan.
Firman Allah bermaksud :
" Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya "
( Surah Hud 11:61 )
Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan.
Firman Allah bermaksud :
" Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya "
( Surah Hud 11:61 )
No comments:
Post a Comment