1. Penentuan tujuan yang hendak dicapai, yang sifat , skop dan bentuk tujuannya akan menentukan kegiatan yang seterusnya .
2. Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan , iaitu yang mencakupi tujuan akhir , staregi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.
3. Perumusan polisi , iaitu pimpinan organisasi yang bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal ke arah perlaksanaan.
4. Pengambilan keputusan, yang merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran .
5. Perlaksaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan yang selanjutnya dilaksanakan , atau dengan kata lain disebut sebagai fungsi pengurusan seperti perancangan , pengendalian , motivasi dan sebagai.
6. Penilaian semula atau bedah siasat(post mortem) yang membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya.
7.Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas yang merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baharu, perancangan semula, memperbaik sistem pengurusan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment