MODEL PENGURUSAN DAKKWAH ZAMAN RASULULLAH SAW
- Perancangan pengurusan gerakan dakwah Islamiah Rasulullah SAW terbahagi kepada Dua iaitu:
- Perancangan sebelum hijrah - Rasulullah SAW telah menjadi model pengurus yag efektif , cekap ,cemerlang, dinamis dan berkualiti tinggi . Perancangan Baginda kemas,rapi dan sistematik.Masyarakat Islam awal adalah kecil jumlahnya di Mekah.Falsafah pengurusan Rasulullah SAW ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT serta menegakkan keadilan.
- Terdapat beberapa perancangan Rasulullah SAW sebelum hijrah, iaitu : a) menyampaikan dakwah islamiah secara rahsia selama tiga tahun bermula daripada keluarga yang terdekat yang dikenali sebagai 'as-sabiqun al-awwalun' berdasarkan firman Allah bermaksud : "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabat yang terdekat" (surah ass-Syura 42:214)
- b)Pemilihan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam bukan hanya menghimpunkan orang Islam awal Mekah bagi majlis ilmu dan peribadatan sahaja tetapi sebagai pusat organisasi pengurusan Rasulullah SAW bagi merancang,mengawal,mendisiplinkan umat Islam menjadi masyarakat Islam yang bergantung kepada Allah,fleksibel dan kuat mental serta fizikal (Mochtar,1996)
- c)Menyampaikan dakwah Islamiah secara ebuka dan terang-terangan kepada penduduk Mekah berdasarkan firman Allah yang berrmaksud : "Maka sampaikanlah (wahai Mumahammad) secaa terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) (Surah al-Hijr 15:94)
- Sebelum berhijrah,perancangan & penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah & Sayyidina Abu Bakar iaitu:
- a) Dakwah secara rahsia
- Mengupah Abdullah bin Uraiqat (bukan beragama islam) sebagai penunjuk jalan.
- Memberi tanggungjawab kepada Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraish dan berjumpa mereka berdua pada sebelah malam untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
- Memberi tnggungjawab kepada Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum susu pada waktu malam.
- b) Dakwah secara terbuka
- Terus terang kepada kaum kerabat.
- Terus terang kepada orang ramai.
a) Mendirikan masjid
- Nabi menjangka Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid
- Nabi merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerakkan setiap aktiviti yang dirancang
- b) Program Al-Muakha' (program keluarga angkat)
- Merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
- Hakikatnya program penyatuan dan persaudaraan ini merupakan satu langkah pengurusan yang berkesan dan agung untuk menyusun masyarakat awal Madinah Munawwarah.
- Nabi memperkenalkan piagam Madinah iaitu perlembagaan negara Islam yang pertama.
- Ia mengandungi aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah.
- Ia boleh dijadikan rujukan masyarakat setempat apabila timbul permasalahan antara mereka.
- Baginda Rasulullah SAW menyusun jentera pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan dua sistem pentadbiran yang berbeza iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.
Rasulullah saw adalah model terbaik untuk panduan kepimpinan kerana akhlaknya dan fikirannya yg suci.
ReplyDeleteRasulullah saw adalah model terbaik untuk panduan kepimpinan kerana akhlaknya dan fikirannya yg suci.
ReplyDelete