Sunday, February 4, 2018
PERBANDINGAN ANTARA PENGURUSAN ISLAM DENGAN BARAT
ELEMEN
|
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
|
KONSEP PENGURUSAN BARAT
|
TERAS
|
|
|
MATLAMAT ORGANISASI
|
|
|
CORAK PENGURUSAN
|
|
|
FUNGSI INDIVIDU
|
|
|
GANJARAN (REWARD)
|
|
|
FALSAFAH KERJA
|
|
|
MOTIVASI
|
|
|
UKURAN PRESTASI
|
|
|
CIRI-CIRI
|
|
|
Thursday, January 18, 2018
CONTOH MODEL PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SAW
MODEL PENGURUSAN DAKKWAH ZAMAN RASULULLAH SAW
- Perancangan pengurusan gerakan dakwah Islamiah Rasulullah SAW terbahagi kepada Dua iaitu:
- Perancangan sebelum hijrah - Rasulullah SAW telah menjadi model pengurus yag efektif , cekap ,cemerlang, dinamis dan berkualiti tinggi . Perancangan Baginda kemas,rapi dan sistematik.Masyarakat Islam awal adalah kecil jumlahnya di Mekah.Falsafah pengurusan Rasulullah SAW ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT serta menegakkan keadilan.
- Terdapat beberapa perancangan Rasulullah SAW sebelum hijrah, iaitu : a) menyampaikan dakwah islamiah secara rahsia selama tiga tahun bermula daripada keluarga yang terdekat yang dikenali sebagai 'as-sabiqun al-awwalun' berdasarkan firman Allah bermaksud : "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabat yang terdekat" (surah ass-Syura 42:214)
- b)Pemilihan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam bukan hanya menghimpunkan orang Islam awal Mekah bagi majlis ilmu dan peribadatan sahaja tetapi sebagai pusat organisasi pengurusan Rasulullah SAW bagi merancang,mengawal,mendisiplinkan umat Islam menjadi masyarakat Islam yang bergantung kepada Allah,fleksibel dan kuat mental serta fizikal (Mochtar,1996)
- c)Menyampaikan dakwah Islamiah secara ebuka dan terang-terangan kepada penduduk Mekah berdasarkan firman Allah yang berrmaksud : "Maka sampaikanlah (wahai Mumahammad) secaa terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) (Surah al-Hijr 15:94)
- Sebelum berhijrah,perancangan & penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah & Sayyidina Abu Bakar iaitu:
- a) Dakwah secara rahsia
- Mengupah Abdullah bin Uraiqat (bukan beragama islam) sebagai penunjuk jalan.
- Memberi tanggungjawab kepada Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraish dan berjumpa mereka berdua pada sebelah malam untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
- Memberi tnggungjawab kepada Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum susu pada waktu malam.
- b) Dakwah secara terbuka
- Terus terang kepada kaum kerabat.
- Terus terang kepada orang ramai.
a) Mendirikan masjid
- Nabi menjangka Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid
- Nabi merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerakkan setiap aktiviti yang dirancang
- b) Program Al-Muakha' (program keluarga angkat)
- Merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
- Hakikatnya program penyatuan dan persaudaraan ini merupakan satu langkah pengurusan yang berkesan dan agung untuk menyusun masyarakat awal Madinah Munawwarah.
- Nabi memperkenalkan piagam Madinah iaitu perlembagaan negara Islam yang pertama.
- Ia mengandungi aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah.
- Ia boleh dijadikan rujukan masyarakat setempat apabila timbul permasalahan antara mereka.
- Baginda Rasulullah SAW menyusun jentera pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan dua sistem pentadbiran yang berbeza iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.
KONSEP AL- ISTIKHLAF
- Istikhlaf ialah istilah Arab yag bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil (khalifah) dan pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia.
- Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukan kepada manusia sejak kejadian , iaitu semasa Nabi Adam diciptakan oleh Allah SWT . Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan, jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain, iaitu memikul tugas membangun dan memakmurkan dunia (Ahmad Ibrahim Abu Sin,2001)
- Prinsip istikhlaf adalah :
Tanggungjawab ini mewajibkan seseorang individu menjaga semua kurniaan Allah SWT dalam keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti yang mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri, orang lain, alam sekitar, pembaziran, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli serta aktiviti lain yang seumpama ini adalah diarang sama sekali.
Allah berfirman :
Maksudnya :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk menguji mu tentang apa yang diberikannya kepada mu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
(Surah Al-An'am 6:165)
b) Memakmurkan bumi
Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan.
Firman Allah bermaksud :
" Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya "
( Surah Hud 11:61 )
Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan.
Firman Allah bermaksud :
" Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya "
( Surah Hud 11:61 )
IMPLIKASI TAUHID TERHADAP PENGURUSAN
Implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan adalah seperti yang berikut (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 2001) :
- Individu Muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang amanah,cekap dan berdisplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semsta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
- Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi.
- Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Seseorang itu tidak bersikap sombong, agkuh , dan bongkak walaupun mempunyai kuasa tinggi dalam organisasi.
- Konsep tauhid akan menjadikan seseorang itu soleh , berani dan berdiri tegak dalam kebenaran.Individu tersebut mempercayai bahawa dirinya tidak akan menempah kejayaan selain perintah Allah SWT.
- Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah atau kegagalan.
- Semangat tauhid membina isan yang mempunyai tahap kesabaran , keazaman , dan kesungguhan yang tinggi.
- Mewujudkan sikap aman, reda dan menjauhi sikap dengki, tamak haloba dan iri hati
- Melahirkan insan yag patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Allah SWT.
- Sebarang usaha unutuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan konsep tauhid tersebut.Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipratikkan oleh individu Islam dengan sebenar-benarnya , maka sudah semestinya menghasilkan implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan hariannya.
PERANAN TAUHID SEBAGAI ASAS PENGURUSAN ISLAM
2 .4 .1 KONSEP TAUHID
- Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (2001) , pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran islam semestinya berteraskan konsep tauhid.
- Tauhid bermakna hanya Allah SWT yang wajib disembah oleh manusia sejagat sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhluk-Nya.
- Konsep tauhid merupakan unsur penyerahan diri, tunduk serta kepatuhan manusia kepada Allah SWT bukan sekadar menerima sebahagian daripada ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain.Hal ini bermakna setiap mnusia ialah makhluk Allah SWT.
- Konsep ini meletakkan kedudukan manusia tahap yang sebenarny dalam alam dan menerangkan sebab dan tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT , sementara manusia telah 'dilantik' sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
- Konsep tauhid bertujuan menghubungkan manusia dengan Allah dan menghubungkan manusia dan manusia .
- Berikut adalah : Manusia dengan Pencipta - Nya (Hablun Minallah) - Manusia tidak boleh mengagung - agungkan inovasi - inovasi manusia berupa perundangan , adat-istiadat, teori-teori dan falsafah- falsafah yang bertentangan dengan ajran Islam itu sendiri (Jiwa Mohd Isa , 1998)
- Manusia dengan Manusia (Hablun Minannas) - Allah SWT menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan manusia dengan manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan toleransi , kasih sayang, persefahaman dan keadilan.
- Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang makna dan intipati tauhid ini dengan sebenar-benarnya.Antaranya ialah :
- a) Tujuan Penciptaan Manusia - Maksudnya : 'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku (Allah SWT).' (Surah al- Dhariyat 51:56)
- b)Mendapat Keredhaan Allah SWT - Maksudnya : .....Yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan daripada Allah dan Rasul-Nya ,sekiranya mereka adalah daripada orang-orang yang beriman.' (Surah at-Taubah 9:62)
Friday, January 5, 2018
PROSES PENTADBIRAN
DR. S.P. (1995) , mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada 7 peringkat kegiatan seperti yang berikut:
1. Penentuan tujuan yang hendak dicapai, yang sifat , skop dan bentuk tujuannya akan menentukan kegiatan yang seterusnya .
2. Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan , iaitu yang mencakupi tujuan akhir , staregi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.
3. Perumusan polisi , iaitu pimpinan organisasi yang bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal ke arah perlaksanaan.
4. Pengambilan keputusan, yang merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran .
5. Perlaksaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan yang selanjutnya dilaksanakan , atau dengan kata lain disebut sebagai fungsi pengurusan seperti perancangan , pengendalian , motivasi dan sebagai.
6. Penilaian semula atau bedah siasat(post mortem) yang membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya.
7.Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas yang merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baharu, perancangan semula, memperbaik sistem pengurusan dan sebagainya.
1. Penentuan tujuan yang hendak dicapai, yang sifat , skop dan bentuk tujuannya akan menentukan kegiatan yang seterusnya .
2. Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan , iaitu yang mencakupi tujuan akhir , staregi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.
3. Perumusan polisi , iaitu pimpinan organisasi yang bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal ke arah perlaksanaan.
4. Pengambilan keputusan, yang merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran .
5. Perlaksaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan yang selanjutnya dilaksanakan , atau dengan kata lain disebut sebagai fungsi pengurusan seperti perancangan , pengendalian , motivasi dan sebagai.
6. Penilaian semula atau bedah siasat(post mortem) yang membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya.
7.Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas yang merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baharu, perancangan semula, memperbaik sistem pengurusan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)